KOTA TINGGI – Empat lelaki disyaki terbabit dalam insiden pada perhimpunan motosikal, Bike Week 2023, di pantai Desaru, dekat sini direman selama tiga hari, bermula hari ini.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan hakim Hyda Faridzal Abu Hassan di Mahkamah Sesyen, di sini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksean, pagi tadi.
Kesemua suspek ditahan di sekitar Johor Bahru dan Kota Tinggi antara jam 1 petang hingga 8 malam semalam.
Mereka tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi dengan kawalan ketat polis.
Terdahulu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memberitahu, siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada salah faham diantara dua kumpulan peserta yang menyertai himpunan motorsikal itu pada Sabtu lalu. -MalaysiaGazette