SPRM hakim
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR -Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman pemilik sebuah syarikat kerana disyaki memberi suapan kepada pegawai kanan sebuah kementerian untuk mendapatkan projek pengurusan fasiliti dan penyelenggaraan bernilai kira-kira RM87 juta.

Menurut sumber agensi tersebut, suspek wanita berusia 30-an merupakan pemilik syarikat penyelenggaran dan pembersihan memberi suapah dalam bentuk kereta mewah.

Sumber berkata, suspek ditahan kira-kira 6.50 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Suspek disyaki memberikan suapan berupa kereta mewah kepada pegawai kanan kementerian tersebut pada tahun ini bagi mendapatkan projek pengurusan fasiliti dan penyelenggaraan bagi tempoh lima tahun yang telah diluluskan pada 2021,” kata sumber itu.

Menurut beliau, perintah reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 29 September 2023 dikeluarkan oleh Majistret Puan Aima Nabila Muhammad Azhar berdasarkan permohonan dari pihak SPRM di  Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas, Datuk Tan Kang Sai ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. -MalaysiaGazette