Dr. Mahathir Mohamad

PUTRAJAYA – Barisan Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini tidak ‘hebat’ dan perlu dirombak semuanya.

Menurut bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebuah barisan Kabinet baharu perlu diwujudkan dan mereka harus menunjukkan kebolehan untuk mentadbir negara dengan baik.

Beliau yang ditemui selepas selesai berdialog dalam siri ketiga Minggu Negarawan di sini hari ini bagaimanapun enggan menyebut nama menteri yang dirasakan tidak berkebolehan membuat kerja.

“Seluruh Kabinet perlu dirombak. Mereka perlu tunjuk kebolehan. (Siapa yang tidak boleh buat kerja?) Saya tak berani cakap,” kata Mahathir.

Sebelum itu dalam sesi soal jawab, Mahathir berkata, beliau mendapati anggota Kabinet yang ada seolah-olah tidak tahu cara untuk mentadbir negara.

Beliau turut mendakwa terdapat anggota Kabinet yang takut untuk berjumpa dengan pelabur yang sedia untuk membuat pelaburan di negara ini.

“Sebab itu dalam akhbar hari ini diceritakan bahawa (Datuk Seri) Anwar akan bubar Kabinetnya dan akan pilih Kabinet baharu.

“Komen dalam akhbar ialah pilihlah menteri yang hebat. Bermakna dia (akhbar) mengaku menteri yang ada sekarang ini tidak hebat. Bermakna menteri yang ada sekarang ini tidak mampu jadi menteri. Sebab itu kesalahan berlaku.

“Kita dapati umpamanya ada permintaan untuk pelaburan, menteri tidak pun hendak berjumpa dengan pelabur walaupun pelabur nak melabur setengah juta ringgit, dia tak jumpa kerana dia tidak tahu apa hendak cakap kerana dia tidak hebat,” kata Mahathir.

Media sebelum ini melaporkan, Perdana Menteri akan membuat rombakan Kabinet yang dijangka akan berlaku selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Pahang pada 7 Oktober depan

Turut bertiup kencang kononnya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan dilantik semula sebagai Menteri Dalam Negeri menggantikan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menjawab pertanyaan audien mengenai ura-ura Anwar mahu melantik Ahmad Zahid ke jawatan itu, Mahathir berkata, sejak awal Anwar sepatutnya tidak melantik Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Anwar tidak boleh terima Ahmad Zahid sebagai ahli Kabinet pun dan jauh sekali untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.

“Itu menafikan hak rakyat untuk melihat orang yang ‘bersih’ (bebas rasuah) menjadi kerajaan dan adalah jelas bahawa Ahmad Zahid bukan orang yang bersih,” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. Setelah hampir setahun, rakyat menilai rata2 menteri dan timbalan yang ramai2 tu gagal sama sekali terutama yang terlibat dalam pengawalan harga dan keterjaminan barang makanan. KPI rata2 majoritinya GAGAL! Mereka dilihat lebih sibuk berkempen dari fokus kepada masalah rakyat.

  2. Poor governance juga menyumbang kepada ketidakcekapan. Kerusi menteri yang meninggal tempohari juga sehingga kini masih tidak2 lagi diisi2 lagi? Sudah kepupusan menteri yang berbakat ke apa?

  3. masalah keterjaminan makan adalah perkara yg memerlukan perancangan jangka-panjang Dan sepatutnya berterusan Dari zaman merdeka. mewarisi kegagalan kerajaan terdahulu, terutama yg mengutamakan kroni dgn anugerah AP Dan monopoli projek, bukanlah suatu yg mudah utk diperbetulkan.
    setakat ini, walaupun baru setahun kerajaan perpaduan telah melakukan pembaharuan Dan kerja yg hebat.

  4. Anggota kabinet ko hebat sangat kaaa? Cthnys menteri Kewangan bodoh..Menteri Dalam Negeri kaki samun..tu hebat kaaa??

  5. Kalau betul pemerintah yang lepas hebat dari sekarang, hari ini hutang negara tak akan mencecah RM 1.5 Billion dan PM serta ahli kabinet bertukar ganti begitu sering sekali dalam 5 tahun. Atuk jangan meludah ke langit, jatuh kemuka sendiri.

Comments are closed.