Tun Dr. Mahathir Mohamad.-Foto MOHD ADZLAN, 07 DISEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Pelabur dari negara China menunjukkan minat untuk membuat pelaburan di empat negeri yang ditadbir oleh Pas atau ‘State-Goverment 4‘ (SG4) .

Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilantik sebagai penasihat tidak rasmi kepada SG4 berkata, cadangan pelaburan di negeri terbabit sudah pun ada.

Bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun enggan mendedahkan bidang dan bentuk pelaburan yang akan dilaksanakan dan berkata, pengumuman akan dibuat mengenai perkara tersebut.

“Cadangan pelaburan sudah ada, tinggal lagi pelaksanaan belum berjalan lagi. Banyak negara yang berminat antaranya dari China dan dalam negara. Tak bolehlah beritahu lagi. Tunggulah, baru sangat,” kata Mahathir.

Beliau ditemui selepas selesai mengadakan dialog siri ketiga Minggu Negarawan melibatkan topik Perlembagaan yang berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Mahathir dilantik sebagai penasihat tidak rasmi untuk perancangan ekonomi di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.

Negarawan itu berkata, beliau telah bertemu dengan kesemua menteri besar negeri terbabit bagi membincangkan peluang pelaburan yang boleh diwujudkan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, menteri besar empat negeri berkenaan akan mengadakan perbincangan untuk pembentukan kumpulan itu.

Secara prinsipnya mereka bersetuju untuk mewujudkan kerjasama dan beliau sendiri sudah mengarahkan ahli Exco berkaitan untuk berbincang dengan rakan mereka di tiga negeri lain di bawah PN.

Dr Mahathir, katanya, akan memainkan peranan secara tidak rasmi dalam menasihatkan kumpulan empat negeri berkenaan.-MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Kah kah kaaa…ko punya nasihat yg buat ekonomi jahanam musibat…ko kata Najib turun, ekonomi naik..bahalol kenapa ekonomi tak naik? Yg naik ialah anak beranak ko, kroni ko yg kaya raya..

  2. mengapa Dari China? bukan ke China itu negara kumunis?
    bagaimana dgn MEMALI? masih adakah perjuangan membela nasib mangsa MEMALI?
    bagaimana dgn amanat Hadi?

Comments are closed.