Rais menunjukkan kebocoran pada atap siling rumah kelahiran Tan Sri P Ramlee.

GEORGE TOWN – Tan Sri Dr. Rais Yatim menggesa jabatan berkenaan segera memperbaiki atap dan siling rumah kelahiran seniman agung, Tan Sri P. Ramlee di Jalan P Ramlee, di sini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Rais mendakwa, beliau mendapati terdapat kerosakan atap dan siling pada bahagian ruang rumah pusaka seniman itu ketika mengunjungi rumah terbabit Ahad lalu.

“Betul-betul terkejut bila mendapati atap dan siling rumah asal seniman agung kita ini hampir roboh lantaran kebocoran yang berlarutan.

Atap siling bahagian rumah tamu seniman agung itu didakwa mengalami kebocoran.

“Keadaannya (rumah) amat menyedihkan, apatah lagi ini rumah P Ramlee, seniman idola kita.

“Tentu sekali roh ‘Ramlee’ akan menangis melihat rumah pusakanya dalam keadaan begitu terbiar,” tulis beliau.

Sehubungan itu, Rais menggesa jabatan berkenaan segera melakukan kerja pembaikan bahagian atap siling yang mengalami kerosakan.

Rais kesan perkara itu ketika mengunjungi rumah seniman agung itu pada Ahad lalu.

“Wahai ketua jabatan, mailah tengok, cepat baiki dan saya taksir kerosakan ini tidak lebih daripada RM15,000,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast