Logo bernas
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Padiberas Nasional Berhad (Bernas) memberi jaminan bekalan beras putih mencukupi untuk keperluan rakyat negara ini.

Syarikat itu menerusi kenyataannya kepada media menyatakan, Bernas telah menyalurkan sebanyak 630,000 tan metrik beras putih pada Januari hingga Ogos lalu.

Jumlah itu meningkat sebantak 38 peratus lebih tinggi berbanding purata jualan bulanan bagi tempoh lima tahun yang lalu.

“Ini bermakna, bekalan beras putih adalah lebih dari mencukupi tanpa kerajaan perlu menggunakan bekalan stok penimbal.

“Namun, permintaan ke atas beras putih tempatan semakin meningkat disebabkan perbezaan harganya dengan beras import.

“Peningkatan ini disebabkan peralihan permintaan daripada beras putih import kepada beras putih tempatan oleh pengguna, pembekal kontrak dan pemain industri makanan,” kata kenyataan itu.

Menerusi peranannya sebagai pembeli padi yang terakhir, purata pegangan pasaran padi tempatan Bernas hanya sekitar 10 peratus, manakala selebihnya dibeli dan diproses oleh kilang swasta.

Namun, kata kenyataan itu lagi, Bernas sentiasa komited dan menyokong semua program intervensi yang dilaksanakan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi menjamin bekalan beras tempatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast