Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bertemu pemimpin UAE di Abu Dhabi. - Gambar: Facebook

KUALA LUMPUR – Perjanjian Komprehensif Perkongsian Ekonomi (CEPA) antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan mewujudkan rangka kerja ekonomi yang memupuk inovasi, memacu pertumbuhan ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan untuk kedua-dua negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perjanjian tersebut bertujuan memajukan lagi hubungan antara Malaysia dan UAE.

Selain itu, menurut beliau, Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP2030) turut menetapkan misi Push for Net Zero.

“Melalui misi ini, kerajaan berhasrat untuk meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam bidang pertumbuhan hijau baharu seperti kenderaan elektrik dan tenaga boleh diperbaharui.

“Sehubungan itu, Malaysia menyambut baik penyertaan syarikat dari UAE dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai peneraju dalam bidang ini,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Tengku Zafrul mengulas tentang hasil pertemuannya dengan Menteri Industri dan Teknologi Maju UAE, Dr Sultan Ahmed Al-Jaber; Menteri Pelaburan UAE, Mohamed bin Hassan Al-Suwaidi dan Pengarah Jabatan Infrastruktur Lembaga Pelaburan Abu Dhabi (AIDA), Khadem Al-Remeithi di Abu Dhabi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast