BENTONG – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat agar berhati–hati dan tidak terpengaruh dengan agenda yang dibawa oleh pihak yang memburukkan kerajaan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat seharusnya menyokong kerajaan Madani kerana pelagai asprirasi untuk rakyat akan dijalankan untuk semua kaum.
”Nak tahu baik dengar cakap kawan, nak tahu buruk dengar cakap lawan.
“Kita tidak mahu rakyat dimangsakan apabila negeri itu ditadbir oleh parti yang bertentangan dasar apatah lagi pendirian politik,” katanya pada program Sentuhan Kasih Desa Pelangai Mini Ekspo TVET KKDW dan Keusahawanan Desa di Dataran Simpang Pelangai, di sini, hari ini.
Ahmad Zahid yang merupakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, adalah penting jalinan kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan negeri yang sealiran dijalinkan bagi memastikan kemajuan dan pembangunan sesebuah kawasan.
“Ini menyebabkan rakyat di bawah terutamanya yang memilih wakil sama ada di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen akan menghadapi permasalahan.
“Ia kerana permohonan bukan sahaja soal pembangunan, bukan jug soal-soal kemudahan tapi lebih penting ialah bagaimana fikrah atau penyatuan pemikiran dapat diwujudkan supaya selari dan sealiran dengan negeri dan pusat,” katanya. – MalaysiaGazette
kalau nak TAHU ZAHID HAMIDI baik suci tanyalah PENGAMPU dan PEMBODEK dia.. dan jangan pernah percaya kepada ANWAR IBRAHIM serta PKR dan DAP serta Mat Sabu pada kempen PRU 15 yang memfitnah ZAHID HAMIDI.