ACP Zam Halim Jamaluddin

CHERAS – Polis perlu merakam kenyataan beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam kes pegawai dan anggota pasukan berkenaan yang disyaki melarikan lelaki tempatan dari sebuah kedai makan di Desa Petaling, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata, kertas siasatan yang lengkap kelak akan dikemukakan kepada Bukit Aman memandangkan ia melibatkan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita masih dalam proses siasatan, maknanya kita perlu rakam kenyataan  beberapa individu yg kita percaya terlibat,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Lima anggota dan pegawai polis antara enam ditahan Selasa lalu kerana disyaki melarikan seorang lelaki tempatan dari sebuah kedai makan di Desa Petaling.

Semua suspek berusia 27 hingga 42 tahun itu ditahan di IPD Cheras sehari selepas kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 365, Seksyen 342 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette