Bacaan IPU yang disiarkan di laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) hari jni.

KUALA LUMPUR – Kualiti udara empat kawasan di dua negeri di Semenanjung Malaysia mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 10 pagi hari ini.

Laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) menunjukkan, IPU tertinggi direkodkan di Larkin, Johor dengan bacaan 151 diikuti Nilai, Negeri Sembilan (124); Port Dickson, Negeri Sembilan (109) dan Batu Pahat, Johor (104).

Sementara itu, berdasarkan peta taburan IPU di laman web tersebut, sebanyak 51 stesen APIMS di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU sederhana, manakala 13 stesen lagi mencatatkan bacaan baik iaitu di Sabah dan Sarawak.

Sebagai rekod, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk laman web APIMS untuk mengetahui bacaan IPU terkini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast