BENTONG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai petang ini.

Ia sekali gus menunjukkan  bahang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai menghampiri ke puncaknya kerana hanya tinggal empat hari sahaja lagi.

Anwar dijadualkan hadir di Felda Chemomoi sempena Karnival Segalanya FELDA bagi Felda Wilayah Mempaga.

Pada 8 malam, Perdana Menteri akan bersama memeriahkan Kenduri Rakyat Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)  dan penduduk Kampung Agropolitan Chemomoi.

Anwar akan menyertai Ceramah Mega Perpaduan Madani yang diadakan di Dataran Simpang Pelangai pada sebelah malam.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu akan hadir diiringi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wang Rosdy Wan Ismail.

Antara pemimpin parti kerajaan yang dijangka hadir ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu.

Selain itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad juga dijangka hadir.

Bermula esok, Perikatan Nasional (PN) pula dilaporkan bakal menampilkan tokoh politik berpengaruh bagi siri kempen PRK DUN Pelangai seperti Tan Sri Abdul Hadi Awang, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ramai lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast