Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Penutup Khazanah Megatrends Forum 2023 di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. Foto QURRATU AINI, 03 OKTOBER 2023.

KUALA LUMPUR – Buat pertama kali Kabinet akan meneliti laporan enam syarikat terpilih bagi menilai kaedah terbaik bagi mengurangkan karenah birokrasi dalam melaksanakan pelaburan dan perniagaan di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah meminta laporan tersebut dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok.

“Buat pertama kali saya telah meminta laporan untuk memilih lima hingga enam syarikat untuk melihat bila permohonan itu, jabatan yang perlu (mereka) pergi melalui untuk kelulusan, masa yang diambil, alasan diberikan dan kelulusan muktamad.

“Ini kerana tiada jaminan untuk memuaskan pelabur sehingga anda dapat bertindak secara berkesan atas kebimbangan mereka yang munasabah.

“Sudah tentu kami tidak akan berkompromi dalam isu seperti kesan alam sekitar atau dasar yang dinyatakan tetapi tidak ada sebab untuk terus menjalankan perniagaan, walaupun semua perbincangan mengenai dasar ekonomi dan Madani dan ketelusan, namun masih perlu menunggu dua tahun untuk kelulusan penilaian kesan alam sekitar atau enam bulan untuk kelulusan lain,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penutup Forum Megatrends Khazanah 2023 di sini hari ini.

Anwar berkata, Malaysia telah bergelut untuk memastikan bahawa beban birokrasi mesti berakhir.

Beliau juga menekankan keperluan untuk menghapuskan “ketaksuban agama” yang telah menjadi naratif nasional selama beberapa dekad.

Beliau berkata, dasar baharu mesti cukup berani untuk menyatakan hakikat bahawa negara perlu berhadapan dengan kemiskinan.

“Semua dasar baharu tidak boleh diteruskan sambil mengabaikan fakta asas ini, bahawa ia tidak boleh membenarkan toleransi kemiskinan, atau ketidaksamaan kasar, untuk Malaysia berjaya dan berkembang.

“Jika kita mahu kerajaan melakukan anjakan itu, pihak swasta termasuk bukan Melayu mesti mengakui faktor ini dan beralih secara radikal daripada tanggapan kaum ini kerana kad bangsa tidak semestinya daripada mereka yang berada dalam arena politik di kalangan orang Melayu tetapi juga daripada etnik bukan Melayu,” katanya.

Anwar menambah, untuk memajukan negara, langkah-langkah perlu perlu diambil termasuk dalam pemberian insentif.

Dia mengakui “sinis” dengan istilah tersebut berikutan penggunaan perkataan itu dalam konteks membantu golongan kaya.

“Saya agak sinis sebab masa saya jadi ketua pembangkang dulu saya cakap kalau tolong orang miskin panggil subsidi dan bila tolong orang kaya panggil insentif. Maksudnya sama.

“Tetapi kami memerlukan sokongan seperti ini untuk menggalakkan lebih banyak pelaburan ke negara ini,” katanya.-MalaysiaGazette