BENTONG – Calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam hari ini menyantuni pengundi veteran dalam kalangan tentera dan polis.
Beliau berkata, para pengundi veteran ‘wajib’ memberikan undi kepada parti itu pada pada 7 Oktober itu.
”Saya berjanji akan meneruskan legasi Allahyarham Datuk Seri Johari Harun kerana beliau telah memberikan impak yang sangat besar kepada DUN Pelangai ini.
”Apa yang saya ingin usahakan adalah untuk melakukan pembangunan seiring kebersamaan dengan kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Pahang.
”Saya akan berusaha menjadikan DUN Pelangai yang terbaik dalam Pahang,” katanya pada Majlis Santunan bersama 150 Warga Veteran dan Polis di Kampung Bukit Gajah, di sini, hari ini.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Johari, dalam nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor, Ogos lalu.
Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Amizar, Kasim Samat (PN) dan Haslihelmy DM Zulhasli (Bebas) – MalaysiaGazette