KUALA LUMPUR – Kerajaan Terengganu pimpinan Pas perlu menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan bagi memastikan urusan pentadbirannya berjalan lancar.
Bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ia adalah kerana 89 peratus hasil negeri seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2023 Terengganu bergantung kepada dana khas kerajaan Persekutuan sebanyak RM1.609 bilion.
Menurut beliau, dalam masa empat tahun mentadbir kerajaan negeri itu, Pas belum berjaya meningkatkan hasil dalam negeri kepada angka yang signifikan untuk mengurangkan kebergantungan kepada dana khas daripada hasil petroleum.
Mohd Khairuddin memberitahu, perbelanjaan pengurusan kerajaan negeri Terengganu sahaja sudah mencecah RM1.991 bilion.
“Ini bermaksud tanpa dana khas, perbelanjaan pengurusan pun tidak dapat dilaksanakan untuk tahun 2023 oleh kerajaan negeri apatah lagi perbelanjaan pembangunan.
“Justeru, kerajaan negeri Terengganu di bawah Pas perlu menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Sehubungan itu, Mohd Khairuddin yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO menasihatkan para pemimpin Pas semua peringkat agar tidak lagi berpolitik secara ganas dengan melakukan serangan peribadi yang menyentuh maruah pemimpin utama kerajaan Persekutuan.
Beliau menambah, politik persepsi, adu domba dan menghasut perlu diganti dengan politik persaudaraan serta budaya politik matang dan sejahtera (BPMS) menjadi dasar semasa Pas sejak 2016 perlu diamalkan.
“Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman nanti boleh menjadi medan terbaik apatah lagi pimpinan Pas negeri meyakini mereka boleh menang mudah,” jelasnya. – MalaysiaGazette
ULAMAK UMNO ni Sakit gila khinzir kot. Khairuddin UMNO ni pekak atau lama sangat tidur. Bangunlah SANG Khairuddin oii… Anwar Ibrahim puji dan umum MB Terengganu berhubung baik dengan federal kerajaan. Khairuddin ni lebih tertinggal dibanding dengan kura-kura. oiii Khairuddin UMNO jangan lembab sangat nanti AnakMuda kata bodohnya Khairuddin ULAMAK UMNO ni…