KUALA LUMPUR – Polis berjaya menahan 12 lagi individu yang disyaki terlibat dalam perebutan lori penunda ke atas kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Kampung Malaysia Tambahan, dekat Sungai Besi di sini, 1 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, tangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu yang ditangkap setakat ini seramai 22 orang.

“Kesemua 12 individu itu ditahan dalam beberapa serbuan berasingan di sekitar ibu negara petang semalam dan berusia antara 20 hingga 35 tahun,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Mereka direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 7 Oktober bagi membantu siasatan polis.

Pada 2 Oktober lalu,kira-kira jam 1.37 pagi, polis menerima laporan mengenai insiden pergaduhan sekumpulan individu membabitkan penundaan kereta yang terlibat dalam kemalangan di lokasi tersebut.

Bertindak atas laporan itu, pada jam sekitar 11 pagi polis berjaya membuat tangkapan ke atas lapan individu berumur antara 22 hingga 44 tahun kerana dipercayai terlibat dalam rusuhan.

Padai 3 Oktober, dua lagi individu warga tempatan disyaki terlibat dalam pergaduhan itu diberkas di sekitar ibu negara sebelum kesemua 10 suspek itu direman di IPD Brickfields selama dua hari sehingga 4 Oktober lalu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast