Sebanyak sembilan pusat mengundi membabitkan 30 saluran akan dibuka hingga 6 petang, sebelum proses penjumlahan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Orang Ramai FELDA Kemasul.
PRK Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru terdiri daripada Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bentong, Datuk Amizar Abu Adam dari Barisan Nasional; Naib Yang Dipertua Pas Bentong, Kasim Samat (PN) dan Haslihelmy DM Zulhasli, calon bebas yang menggunakan simbol kereta.