BENTONG – Datuk Amizar Abu Adam ingin menunaikan nazar menaja pakej umrah kepada lima jemaah jika menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai.
Katanya, mereka yang dipilih berdasarkan golongan yang kurang berkemampuan dan asnaf dalam kalangan penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.
”InsyaAllah kalau tiada aral nazar tersebut akan dilunaskan bergantung kepada kesiapsiagaan jemaah berdasarkan penilaian imam di lima buah masjid di Pelangai,” katanya calon Barisan Nasional (BN) pada PRK itu kepada MalaysiaGazette.
Semalam, Amizar yang mendapat 7,324 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat (4,375 undi) dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli (47 undi).
PRK Pelangai diadakan berkutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat ringan di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor pada Ogos lalu. – MalaysiaGazette