KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil bersedia menyahut cabaran Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk berdebat secara terbuka.
Beliau berkata, debat itu perlu dilakukan di gelanggang yang berkecuali dan bukannya dalam mesyuarat MKT UMNO di mana majoriti ahlinya adalah ‘orang Presiden’.
Isham turut mencadangkan agar debat dilakukan secara langsung di hadapan akar umbi di gelanggang terbuka.
“Jika saya berdebat di gelanggangnya dan ‘salurannya’, itu berat sebelah dan tidaklah bijak.
“Saya bukanlah sebodoh yang dia sangka,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ahmad Zahid dalam wawancara eksklusif Berita Minggu hari ini yang mencabar mana-mana pihak dalam UMNO yang tidak sependapat dengannya termasuk bekas Ketua Penerangan parti berdebat dengannya ‘kalau mereka anak jantan’.
Isham yang dikenali sebagai penyokong setia bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sering menyuarakan pandangan berbeza mengenai hala tuju dan masa depan UMNO terutamanya daripada segi hubungan dengan DAP dan Pakatan Harapan (PH).
Tindakan Isham itu menimbulkan reaksi kurang senang pemimpin-pemimpin UMNO yang menyokong Ahmad Zahid malah Ahli MKT, Datuk Lokman Noor Adam pernah mendesaknya meletak jawatan.
Isham menambah, beliau akan meletak jawatan sekiranya Ahmad Zahid memenangi debat tersebut.
Namun, katanya, jika beliau menang, Ahmad Zahid boleh mengadakan referendum dalam parti, melaksanakan pemilihan Presiden atau memikirkan apa yang patut dibuat.
“Itu jika Datuk Seri berani dan anak jantan,” jelasnya. – MalaysiaGazette
sudah2 lah berpolitik.
rakyat meluat korang asyik berpolitik. Masa utk berjuang Dan berkhidmat supaya menang next election.
Idea yang baik dan contoh pemimpin era kini maka teruskan. Masukkan debate berkaitan nilai takbirurus BN bersama PH berkaitan bahan makanan rutin yang SUKAR itu dan apa faedah credit ZAHID HAMIDI melaksanakan untuk rakyat.
Tak setuju perdebatan ini nak di umum kan dihadapan orang ramai.. Sesama ahli UMNO dan sama sama berjuang untuk BANGSA AGAMA NEGARA DAN RAJA.. parti lain dia orang gaduh sesama ahli parti tak tunjuk pun depan orang ramai.. Yang akan tercemar maruah parti.. Akan hilang hormat orang pada parti keramat ini.