Foto: Twitter awam

LONDON – Israel meletakkan dirinya dalam situasi yang mana ia tidak boleh mengawal takdirnya, kata penganalisis politik veteran, Meron Rapoport.

Saiz pertempuran yang dilaksanakan Hamas dan kumpulan lain Palestin di kawasan Israel tidak pernah disaksikan sejak 1948, apabila negara itu terlibat dalam peperangan Arab-Israel dan pembersihan rakyat Palestin.

Rapoport menggambarkan perkhidmatan risikan Israel terkejut dan takdir tentera Israel telah diogoncang.

Sekerang-kurangnya 250 penduduk Israel terbunuh semalam, menurut pihak berkuasa.

“Pada 1973, kami bertempur yang mana tentera terlatih.

“Dan di sini, kami membicarakan mengenai orang yang tidak mempunyai apa-apa tetapi ada Kalashnikov (senapang). Ia tidak dapat dibayangkan. Ia kegagalan tentera dan perisikan bahawa Israel akan mengambil masa yang lama untuk pulih daripada keyakinan diri,” katanya kepada Middle East Eye.

Sejak beberapa tahun lalu, Israel membangunkan rangkaian infrastruktur pemantauan yang canggih di sekitar jaluran Gaza dan mengepung kawasan itu sejak 2007.

“Sepatutnya perlu ada kamera di sana, dron di udara.

“Melintasi pagar seperti ini tidak dapat dibayangkan. Perkara yang tidak dapat dibayangkan ini merupakan tamparan kepada latihan Israel sendiri,”.

Rapoport berkata, perisikan tentera Israel, dikenali Unit 8200, mampu mengetahui secara terperinci mengenai rakyat Palestin namun tidak mampu mengetahui beberapa ratus atau ribu pejuang Palestin yang akan melaksanakan serangan yang sofisikated.

“Mereka tidak mempunyai idea sedikit pun, tidak (Unit) 8200, tidak Shin Bet” katanya yang merujuk kepada perkhidmatan keselamatan counter risikan dalaman Israel.

Menurut Rapoport, gambar serangan Palestin, termasuk pejuang berjalan di bandar-bandar Israel selain kanak-kanak, wanita dan warga emas ditahan di Gaza, memberi kesan kepada orang awam.

“Imej di televisyen mengenai kanak-kanak perempuan berbisik membuat panggilan ke media bertanya di mana tentera berkata: ‘Kami di sini keseorangan dan mereka menembak di luar dan tentera masih tidak menunjukkan diri sepanjang hari. Ini sukar untuk pulih,” katanya. – Malaysiagazette