Wisma Putra
Wisma Putra

KUALA LUMPUR – Masyarakat antarabangsa perlu memperakui bahawa kekejaman dan penindasan rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin menjadi punca utama konflik terbaharu di Gaza.

Wisma Putra berkata, rakyat Palestin menjadi mangsa pendudukan haram yang berpanjangan, sekatan dan penderitaan selain kesucian Masjid Al-Aqsa dicemar serta politik perampasan yang dilakukan oleh Israel selaku kuasa penjajah.

Katanya, ketidakkonsistenan dalam bertindak terhadap rejim Israel menimbulkan persoalan tentang penguatkuasaan seragam berkaitan prinsip-prinsip antarabangsa.

“Ia juga menekankan tentang keperluan untuk menyatakan pendirian yang lebih konsisten dalam menangani sebuah rejim aparteid.

“Tidak sepatutnya ada layanan yang tidak tidak sama rata dan kepura-puraan yang nyata dalam menangani mana-mana rejim yang mengamalkan aparteid dan terang-terangan melanggar hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Setakat ini, seramai 232 rakyat Palestin dilaporkan terkorban dan lebih 1,697 orang cedera akibat pengeboman Israel ke atas Gaza semalam.

Tindakan itu dilakukan oleh Israel sebagai serangan balas terhadap Operasi Taufan al-Aqsa yang dilancarkan Hamas.

Wisma Putra menambah, Malaysia amat bimbang tentang konflik terbaharu di Gaza yang telah mengorbankan ramai nyawa serta menggesa semua pihak bertenang dan menghentikan serangan.

Katanya, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) perlu melaksanakan mandatnya bagi menjaga keadaman dan keselamatan antarabangsa.

“Majlis tersebut perlu mengadakan sidang tergempar segera bagi menggesa semua pihak menghentikan keganasan dan menghormati serta melindungi nyawa orang awam,” jelasnya.

Wisma Putra turut menegaskan, rakyat Palestin berhak hidup dalam sebuah negara yang aman dengan sempadan seperti yang diiktiraf masyarakat antarabangsa sebelum 1967 dengan Jerusalem Timur sebagai ibu negaranya.

“Mereka juga berhak untuk pulang ke kediaman dan tanah asal mereka yang telah dirampas,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Bukan setakat kejam, malahan sombong. Sekarang ini remaja dan kanak2 yahudi zionis tanpa rasa takut menghina, meludah dan mengintimidasi kepada sesiapa sahaja yg bukan beragama yahudi yg melawat negara haram Israel. Mungkin lepas ini baru rakyat US, UK, Perancis dan lain lain akan sedar keburukan bangsa yahudi zionis ini.

Comments are closed.