Fuziah Salleh

KUALA LUMPUR – Seramai 2,200 penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turun padang membuat pemantauan bekalan makanan dalam negara setiap hari.

Timbalan menterinya, Fuziah Salleh berkata, daripada jumlah berkenaan, seramai 900 pegawai pemantau harga juga ditempatkan di seluruh negara.

Menurut beliau, penguat kuasa kementerian berkenaan turut melakukan terjahan di premis-premis perniagaan selain menyamar untuk meninjau harga dan bekalan semasa bekalan makanan.

“Pada masa sama, penguat kuasa kita ada jadual tetapi ada yang mereka terjah. Ada juga mereka berpakaian orang biasa untuk menyiasat di kedai-kedai bukan sentiasa jadual berkala yang tetap.

“Mereka juga ada terjah dan juga mereka ada memakai pakaian biasa sebagai pembeli biasa,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap soalan dibangkitkan Datuk Seri Doris Sophia Anak Brodi (Sri Aman – GPS) berkaitan penguatkuasaan dilaksanakan kementerian bagi memantau bekalan dan harga barang dalam pasaran.-MalaysiaGazette