Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin

KUANTAN – Pas Pahang perlu membuktikan perkongsian hantaran yang dilakukan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin adalah paslu.

Menurut Shahniza perkongsian hantaran dibuat oleh sekadar menimbulkan persoalan, bukan mengutuk Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul itu menegaskan hantaran itu dibuat ’in a good faith’ dalam istilah undang-undang menbaw maksud dengan niat baik.

”Hantaran itu dengan soalan’apa masalah dia (Rosli Abdul Jabar Jabar) ini? Tiada pun tulisan mengutuk dia.

”Saya baru dimaklumkan ada satu laporan polis telah dibuat oleh YDP Pas Pahang terhadap saya kerana hantaran saya di Facebook ini dua hari lepas.” katanya.

Beliau berkata demikian kepada MalaysiaGazette ketika diminta mengulas laporan polis yang didbuat oleh ADUN Tanjung Lumpur itu hari ini.

Tambah Shahaniza, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk memadam hantaran yang berkaitan, namun permohonan maaf hanya akan dilakukan jika Rosli dapat membuktikan hantaran asal itu palsu.

Bahkan kata Shahaniza, hantaran itu telah dipadamkan pada petang Isnin selepas dimaklumkan tindakan Pas Pahang.

“Saya tiada masalah untuk padam tetapi beliau mesti membuktikan terlebih dahulu ianya adalah fake sebelum saya membuat permohonan maaf seperti dipinta,” katanya.

Terdahulu Pas Pahang  membuat laporan polis serta menggesa dua pengguna Facebook supaya memadam perkongsian hantaran berunsur fitnah dan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam. – MalaysiaGazette

Rosli mahu Shahaniza padam hantaran, mohon maaf – Rosli

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast