Palestin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Majlis Ulama UMNO menegaskan rakyat Palestin telah ditindas secara zalim dengan pelbagai tekanan, sekatan dan serangan sejak penubuhan negara haram Zionis Israel.

Katanya, ia merupakan penderitaan dan penodaan perit yang dilalui oleh seluruh lapisan masyarakat Palestin.

Menurut Majlis Ulama UMNO, kegagalan masyarakat antarabangsa untuk menghentikan kekejaman tersebut sudah tentu akan memanjangkan lagi konflik ini kepada suatu noktah yang tidak berakhir bahkan akan mengorbankan lebih banyak nyawa mereka yang tidak berdosa.

“Oleh itu, Majlis Ulama UMNO menuntut agar kezaliman ke atas rakyat Palestin dihentikan dan hak mereka dikembalikan.

“Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mesti bersidang segera untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengembalikan hak rakyat Palestin yang dicabul,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Setakat ini, hampir 500 penduduk Gaza terkorban dan kira-kira 2,300 orang lagi cedera dalam serangan balas yang dilancarkan rejim Zionis Israel sejak kelmarin.

Majlis Ulama UMNO Malaysia juga menyeru agar para ulama dan seluruh umat Islam terus mendoakan agar Islam dan umat Islam dipelihara serta dikurniakan kemenangan di mana sahaja mereka berada. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast