Wong (tengah) pada sidang media di Pejabat ADUN Johor Jaya gara-gara menjadi mangsa sikim penipuan di Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang pesara terpaksa menanggung kerugian hampir RM600,000 selepas membuat pelaburan mata wang digital kripto dengan syarikat tidak wujud.

Warga emas yang mahu dikenali sebagai Wong, 68, hanya menyedari dirinya tertipu selepas mahu mengeluarkan wang keuntungan yang kononnya mencecah 1.4 juta USD (RM7 juta) dari aplikasi pelaburan digital pada Rabu lalu.

Bagaimanapun pelaburan Yomaex Crypto Market tidak membenarkan pengeluaran wang keuntungan tersebut kerana mendakwa terdapat unsur ‘mencuci wang’.

“Saya dapat tahu mengenai pelaburan ini selepas mengenali Cikgu Pelaburan di laman sosial Facebook kerana pelaburan sahamnya tidak menunjukkan tanpa meningkatan.

“Saya bertanya pandangan sama ada mahu teruskan atau menjual saham itu, kemudian Cikgu Pelaburan itu memperkenalkan pelaburan wang digital kripto ini kepada dan mempengaruhi sehingga saya mengeluarkan hampir RM600,000 dengan 20 transaksi ke atas 12 akaun bank berbeza.

“Dalam tempoh tiga bulan, saya telah beberapa kali mendapat keuntungan dan dalam tempoh masa sama ada mengalami kerugian sehingga terpaksa meminjam wang dari isteri dan keluarga bagi meneruskan pelaburan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Liow Cai Tung di Rosmerah hari ini.

Kata Wong, pada 3 Oktober lalu, pelaburannya melonjak sehingga memperoleh keuntungan 1.4 juta USD (RM7 juta).

“Pada 4 Oktober lalu, saya dapat satu surat dari syarikat ini yang menyatakan terdapat unsur mencuci wang dalam akaun rakyat Malaysia (termasuk saya). Jika hendak membuat pengeluaran perlu memasukkan secara transaksi atas talian sejumlah RM200,000 wang ke akaun yang ditetapkan.

“Saya terus tersedar bahawa saya sebenarnya telah ditipu, saya beritahu Cikgu Pelaburan itu agar boleh memulangkan duit modal pelaburan saya sebanyak RM600,000 tetapi mereka terus memberi pelbagai alasan.

“Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Larkin pada Sabtu lalu dan saya sangat kesal dengan sikap tamak saya.

“Sekarang ini perlu bekerja lagi untuk membayar hutang ahli keluarga dan menyara diri dan isteri. Tidak boleh pergi melancong seperti yang saya angankan apabila dapat keuntungan pelaburan,” katanya.

Sementara itu, Cai Tung berkata, hasil semakan 12 akaun bank yang digunakan mangsa untuk transaksi wang mendapati 11 daripadanya pernah dilaporkan dalam carian akaun keldai.

“Pusat khidmat kami antara yang aktif menerima kes penipuan dan pelaburan tidak wujud, jadi saya telah meletakkan 100 keping poster kesedaran di kawasan awam agar masyarakat lebih peka dan berhati-hati dalam pengurusan harian mereka,”katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. itu lah kan pakar pelaburan telah beri nasihat supaya tidak melabur dari hasil pinjaman . tidak melabur dari wang keperluan kita dan lain2 lah . aku pun kena juga tapi terkawal lah sebab ingat pesanan itu . nak buat report polis pun buang masa je . sebab transaksi melalui luno .

Comments are closed.