JOHOR BAHRU – Kerajaan akan memperuntukkan RM168.7 juta bagi menangani kesesakan di pintu-pintu masuk negara.
Peruntukan tersebut melibatkan tiga projek fizikal dan satu insentif pintu masuk untuk pegawai imigresen pelbagai gred.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, insiatif itu melibatkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Kompleks CIQ Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Terminal 1 dan 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM7.93 juta setahun.
“Selain itu antara inisiatif lain termasuk tambahan Sistem Kawalan Sempadan Automatik (M-Bike) iaitu bagi perjalanan yang lebih lancar buat semua penunggang motosikal, kerajaan akan menambah 77 M-Bike di BSI dan KSAB dan ini melibatkan kos RM61.7 juta.
“Manakala inisiatif ke tiga melibatkan pegabungan dewan naik taraf dan pembinaan projek baru KSAB dengan RM106.9 juta,” katanya selepas mempengerusikan masyuarat itu secara dalam talian hari ini.
Bagaimanapun, menurut Fadillah, bagi pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung di sepanjang Tambak Johor kos tersebut masih lagi dalam perincian.
Berdasarkan statistik, jumlah pengguna di kedua-dua CIQ di Johor itu dalah seramai 71 juta pada tahun 2022, selepas pintu masuk negara dibuka semula pada 1 April 2022.
Namun, tambah beliau bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, jumlah pengembara telah mencapai 98 juta orang dan dijangka terus meningkat kepada 136 juta orang sehingga akhir tahun ini, menyamai statistik pada 2019 (pra COVID-19).-MalaysiaGazette