Anwar Ibrahim

SUBANG JAYA – Perdana Menteri menegaskan peruntukan RM130 juta hanyalah sebahagian daripada bantuan untuk kaum India.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, secara lebih besar, bantuan yang sama turut dibahagikan menerusi beberapa inisiatif di Bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Malah beliau sudah mengarahkan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan untuk menambah lebih banyak inisiatif di bawah kementerian itu bagi komuniti India baru-baru ini.

Dalam pada itu, Anwar mahu menghentikan segera naratif berkaitan pemprofilan perkauman dalam isu pemberian bantuan dan usaha pembasmian kemiskinan tegar di negara ini.

Beliau menegaskan dasar kerajaan adalah jelas – memberi bantuan tanpa sebarang diskriminasi kaum – dalam usaha menangani kemiskinan tegar.

“Sebab itu, saya sangat tidak setuju dengan racial profiling (pemprofilan perkauman). Jika anda lihat dasar saya sejak dulu, ketika saya di Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), saya menentang Dasar Ekonomi Baru dari sudut penekanan racial profiling,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast