Ab Rauf Yusoh menerima cenderahati daripada Datuk Abdul Halim Tawil pada majlis perasmian pembukaan program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Masjid Tanah: Kampung Kita peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara dan Penutup Karnival Falak Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, di Tanjung Bidara, Melaka, malam tadi.

 

MELAKA – Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Tanjung Bidara di sini bakal diperkasakan sebagai ikon produk edupelancongan di negara ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, kerajaan negeri akan terus mempromosi kompleks berkenaan sebagai pusat pendidikan ilmu falak dan astronomi terkemuka di negara ini.

Ini kerana kata beliau, kompleks berkenaan bukan sahaja menjadi pusat ilmu astronomi dan pencerapan malah mampu menjadi destinasi pendidikan serta pelancongan.

“Kerajaan negeri akan terus menyokong usaha memperkasakan ilmu falak termasuk melalui pemodenan kemudahan dan teknologi pencerapan, peluasan perkhidmatan falak kepada masyarakat serta program pendidikan dan pendedahan astronomi, khususnya kepada anak-anak dan golongan belia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian pembukaan program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Masjid Tanah: Kampung Kita peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara dan Penutup Karnival Falak Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, di sini, malam tadi.

Turut hadir, Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil.

Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara berkata, dengan kewujudan kompleks itu, Tanjung Bidara menjadi tumpuan cendikiawan dan pakar astronomi dunia.

Menurutnya, pendekatan selari dengan usaha kerajaan negeri memperbanyakkan produk pelancongan terutama yang memiliki nilai pendidikan.

“Produk pelancongan sebegini memberi pengalaman kepada pelancong untuk meneroka Melaka daripada sudut ilmu dan sains.

Sehubungan itu jelasnya, kerajaan negeri akan memastikan kompleks berkenaan terus relevan sebagai pusat pembelajaran dan rujukan ilmu astronomi pada masa akan datang.

Tambahnya, kewujudan kompleks itu juga memberi pendedahan terhadap bidang astronomi bagi memupuk minat generasi muda terhadap bidang sains dan teknologi selain memberi pengalaman pembelajaran yang lebih menarik di luar bilik darjah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here