Kamarul Zaman bersama Ketua Jabatan Siasatan Narkotik, Afzanizam menunjukkan barang rampasan dadah yang berjaya dirampas polis Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Polis berjaya menumpaskan kegiatan sindiket dadah yang menyeludup barang terlarang itu ke luar negara menggunakan perkhidmatan kurier dan berselindung sebalik kedai menjual tayar.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, tangkapan  dilakukan dalam kedai di Kempas membawa penemuan dadah jenis syabu dalam soket lampu LED dan menggunakan perkhidmatan kurier untuk dihantar ke luar negara.

Suspek Kong Bin Rui kini diburu polis Johor.
Jiang Bixia wanita berusia 39 tahun turut diburu polis Johor dalam kesalahan sama.

Sindiket itu tumpas selepas polis melakukan dua operasi berasingan di kedai tersebut dan sebuah premis dalam kawasan perindustrian di Senai, Kulai.

Dua lelaki tempatan dan satu lelaki warga asing berumur 33 tahun hingga 40 tahun telah ditangkap bersama sejumlah rampasan dadah.

Bagaimanapun hasil saringan ujian air kencing kedua-dua individu tersebut negatif daripada sebarang jenis dadah.

“Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor melakukan dua operasi tersebut dari 5 petang Selasa sehingga 3 pagi tadi dan hasil semakan rekod kita mereka juga tidak mempunyai rekod jenayah.

“Dalam operasi itu, dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warganegara asing berusia lingkungan 33 sehingga 40 tahun ditangkap bersama sejumlah rampasan dadah,” katanya dalam sidang akhbar di sini petang tadi.

Dalam operasi tersebut, polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah jenis syabu dalam 166 peket seberat 10.35 kilogram bernilai RM341,616 yang boleh digunakan seramai 51,760 penagih.

Pihak polis turut melakukan menyita dua buah kereta bernilai RM240,000; satu bentuk cincin (RM3,500), tiga jam tangan (RM4,500), wang tunai RM1,505 dan wang tunai Dollar Singapura 409 (RM1,414).

Polis juga sedang mengesan dua lagi suspek iaitu seorang lelaki, Kong Boon Rui, 29, dan wanita, Jiang Bixia, 39, yang kedua-duanya beralamat di B-11-06, Wave Marina Cove, Jalan Sultan Aminah, Johor Bahru.

Suspek yang ditahan direman selama 12 hari sehingga Sabtu ini dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup yang mana boleh juga dikenakan sebatan.- MalaysiaGazette