Gambar Hiasan

 

KUALA LUMPUR – Setakat jam 6 pagi tadi, pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas berikutan kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Langat sudah mencapai 32.92 peratus.

Sebanyak 338 kawasan di Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat telah mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 10 Oktober lalu.

Air Selangor berkata, tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

Sementara itu, bekalan air di kesemua kawasan terjejas di wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor yang terjejas pada 10 Oktober lalu akibat pencemaran bau di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1,2, 3 dan Rantau Panjang telah pulih sepenuhnya tengah malam tadi.

Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini, katanya. – MalaysiaGazette