WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) memberitahu, Iran tidak akan mengakses wang yang dipersetujui dalam pertukaran tahanan susukan White House dikritik berhubung perjanjian itu di tengah-tengah dakwaan Tehran terlibat menghasut serangan Hamas ke atas Israel hujung minggu lalu.

Washington mendakwa ia mempunyai “persefahaman tenang” dengan Qatar yang bertindak sebagai pengantara dalam perjanjian tersebut membabitkan nilai AS$6 bilion, lapor media.

Namun, wakil Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menegaskan AS tidak boleh ingkar dengan perjanjian itu.

Sehingga kini, AS juga mendakwa ia tidak mempunyai bukti kaitan Iran dengan serangan Hamas.

Dana sebanyak AS$6 bilion itu adalah hasil minyak Iran yang dipegang di Korea Selatan tidak dibekukan pada September sebagai sebahagian daripada perjanjian yang menyaksikan lima warga AS-Iran dibebaskan daripada tahanan.

Pegawai Presiden AS Joe Biden telah menolak keras kritikan Republikan bahawa dana itu memperkasakan sokongan Iran untuk Hamas.

Pada pagi Khamis, Timbalan Setiausaha Perbendaharaan AS, Wally Adeyemo memberitahu Dewan Perwakilan Demokrat secara tertutup bahawa wang itu “tidak akan pergi ke mana-mana dalam masa terdekat” ini.

Tetapi kemudian pada hari itu, jurucakap White House, John Kirby pula tidak mengesahkan laporan bahawa dana itu telah dibekukan.

“Apa yang saya boleh beritahu anda adalah tiada satu pun daripadanya telah diakses dan kami memerhati setiap sen seperti yang anda jangkakan.

“Kami memantau dengan sangat, sangat dekat,” katanya.

Setiausaha Negara AS Anthony Blinken juga tidak mengesahkan wang itu telah dibekukan ketika melawat Tel Aviv pada hari Khamis.

Diplomat tertinggi Amerika berkata, dana tersebut adalah wang Iran hasil daripada jualan minyak yang akan digunakan hanya untuk makanan dan ubat-ubatan dan AS perlu meluluskan setiap transaksi.

Ia adalah mekanisme rumit yang masih belum diaktifkan.

Sebarang pembekuan sedemikian akan menjadi provokasi satu demi satu apabila AS cuba menghalang Iran dan kumpulan pejuang yang disokongnya daripada menyertai konflik Israel-Hamas. – Agensi