Najib Razak AGC
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Pemimpin-pemimpin UMNO sepatutnya bersuara dan menuntut agar kes saman RM1.7 bilion yang difailkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak digugurkan.

Penganalisis politik, Lim Sian See berkata, mereka perlu mendesak kerajaan memperbetulkan ketidakadilan melampau terhadap Najib.

Menurut beliau, seperti didedahkan oleh saksi pendakwaan semalam, Najib menerima RM2.081 bilion dan memulangkan RM2.034 bilion selepas ditolak kos transaksi bank kepada mahkamah empat bulan kemudian.

Sian See memberitahu, hanya RM22.65 juta dibelanjakan daripada kemasukan dana ini untuk UMNO serta kerja media sosial dan ia bukan untuk tujuan peribadi.

“Tapi Najib pula dikenakan cukai LHDN sebanyak RM1.7 bilion (setelah ditambah penalti dan kos lewat) sebab LHDN masa Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin salah gunakan kuasa cukai untuk taksir RM2.081 bilion yang masuk dari luar negara adalah pendapatan Najib manakala RM2.034 bilion yang dipulangkan adalah perbelanjaan Najib.

“Yang peliknya ialah Kerajaan Perpaduan hari ini amat sedar perkara tersebut tetapi masih belum batalkan ketidakadilan melampau ini,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Semalam, Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Asisten Komisioner Foo Wei Min yang terlibat dalam penyiasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata, Najib didakwa telah menerima dana berjumlah AS$681 juta (RM2.08 bilion) daripada Tanore Finance Corporation (Tanore).

Wei Min berkata, hasil siasatannya mendapati RM2,034,350,000 dikembalikan semula kepada Tanore Finance Corporation di Singapura menerusi lima transaksi antara 2 dan 23 Ogos 2013.

Pada 2020, dua Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus bagi mendapatkan semula tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib manakala RM37.6 juta daripada anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin bagi tempoh antara 2011 dan 2017.

Pada 9 September 2021, Najib dan Mohd Nazifuddin gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan penghakiman terus itu, namun pada 10 Mei tahun lepas mereka memperoleh kebenaran untuk meneruskan rayuan di Mahkamah Persekutuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Ha.. jelas ia satu penaniayaan ke atas DSNR
    . Salah guna kuasa patut di kenakan kepada Tun M dan TSMY. Bila PDRM nsk tangkap mereka. LHDN patut tarik balik saman.
    Patutlah macam macam perkara buruk dan bala berlaku di negaa ni . Allag bagi bsls rupanys.

Comments are closed.