Dr. Mohamad Salleh Ismail
Dr. Mohamad Salleh Ismail

KUALA LUMPUR – Pengerusi NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail hari ini meluahkan kesyukuran atas keputusan mahkamah yang melepas, bebaskan beliau dan tiga anaknya daripada kes saman kerajaan berhubung projek Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan.

Kata Mohamad Salleh, selama lebih 12 tahun, beliau dan keluarga menempuh pelbagai cabaran termasuk apabila isterinya, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil terpaksa meletakkan jawatan atas arahan Kabinet.

“Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah Taala kerana fitnah-fitnah yang dilemparkan ke atas saya dan keluarga selama lebih 12 tahun, akhirnya terbukti salah.

“Terang lagi bersuluh, hakim membaca penghakiman bahawa tiada penyelewengan atau apa jua salah saku malah semua urusniaga termasuk belian hartanah dijalankan dengan tatakelola yang betul,

“Mahkamah Tinggi turut melepaskan ketiga-tiga anak saya sekali gus membetulkan tanggapan salah atau ‘hukuman yang dijatuhkan’ oleh pandangan umum terhadap saya dan keluarga sepanjang perbicaraan NFC yang bermula pada 2011,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi memutuskan Mohamad Salleh bersama-sama tiga anak mereka, Wan Shahinur Izran, Wan Shahinur Izmir dan Wan Izzana Fatimah Zabedah dibebas dan dilepaskan daripada saman kerajaan membabitkan RM253.6 juta.

Hakim Anand Ponnudurai dalam penghakiman berkata, tiada berlaku sebarang salah guna atau pecah amanah dalam mana-mana urusniaga yang dijalankan oleh NFCorp.

Bagaimanapun, hakim memutuskan NFCorp perlu mengembalikan sejumlah pinjaman yang tidak digunakan sebanyak RM33 juta kepada Kerajaan.

Mohamad Salleh berkata, walaupun beliau telah dihukum terlebih dahulu oleh ‘mahkamah pandangan awam’, keputusan mahkamah baru-baru ini menyaksikan bahawa perundangan telah menegakkan kebenaran dan beliau reda dengan ujian yang telah ditimpa ke atasnya.

“Namun, hari ini, saya istiqamah dan amat yakin bahawa pertuduhan ini tidak pernah saya lakukan,” katanya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. kegagalan 12 tahun NFC atas nama hutang duit negara/rakyat Dan cuma sebahagian Baki sahaja yg diselamatkan.
    so Dari segi moral, ianya adalah kerugian Dan kehilangan asset rakyat.
    selepas ini ingatlah wahai pemimpin negara, tiada lagi pemberian projek kpd kroni atau suami/isteri, anak2 Menteri. duit rakyat Dan pembayar cukai tidak harus dibazirkan.

    • Setuju. Duit beli lembu diguna utk beli kondo. Ini tatakelola yg baik? Baka lembu dari luar negara, mati atas bot, balik Malaysia, nak makan pun susah. Ini membazir namanya. Buat kerja sambil nak jalan2 ke luar negara.
      Cari ja orang kampung buat ladang lembu kelompok guna baka tempatan. Baru rakyat dapat manfaat.

Comments are closed.