Foto Instagram Ungku Ismail.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Nad Zainal selamat melahirkan ketiga iaitu seorang bayi lelaki pada 10 Oktober lalu di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Berita gembira itu dimaklumkan oleh suaminya yang juga pelakon, Ungku Ismail Aziz di Instagram miliknya semalam yang turut dilihat sedang mendukung bayi pertama mereka itu.

Menerusi hantaran itu, Ungku Ismail turut menitipkan pesan kepada anak pertamanya itu selain mengucapkan terima kasih kepada Nad.

“Cinta tidak semestinya berwarna merah, selalunya ia berwarna putih.

“Selamat datang anakku ke dunia yang pastinya penuh dengan cabaran namun tempat kamu berdiri dalam perspektif Tuhan, menentukan kebahagiaan kamu.

“Ahmadullahu wash kuruh, Subhaanak Robbul Arsyil ‘Adzeem dan terima kasih sayangku @nadzainal,” katanya.

Ungku Ismail, 38, dan Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 33, berkahwin pada 23 Januari lalu.

Untuk rekod, Nad sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 sebelum bercerai pada September 2022.

Hasil perkongsian hidup bersama Muhammad Faliq, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 7 dan Budi Kalsom, 3 tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast