LONDON – Ahli perniagaa Qatar, Sheikh Jassim dilaporkan menarik diri daripada proses pengambilalihan Manchester United.
Jutawan itu terpaksa membatalkan hasratnya untuk memiliki kelab tersebut selepas rundingan dengan keluarga Glazer menemui jalan buntu.
Dalam laporan itu menyebut bahawa tawaran daripada Sheikh Jassim dilaporkan belum berjaya menawan hati keluarga Glazer untuk melepaskan kelab tersebut.
“Sheikh Jassim dilaporkan telah membuat lima tawaran untuk memiliki sepenuhnya 100 peratus di dalam kelab tetapi keluarga Glazer dilaporkan tidak mengendahkan semua tawaran ini.
“Dilaporkan bahawa pihaknya telah menaikkan angka itu lebih daripada enam bilion pound tetapi tawaran itu ternyata belum membuatkan pihak Glazer bersetuju.
“Dengan penolakan itu telah membuatkan pihak Qatar itu kemudiannya memberi kata dua untuk menarik diri daripada rundingan sekiranya keluarga Glazer masih berkeras menolak atau tidak memberi kepastian,” memetik laporan Buletin Manchester United.
Menurut The Guardian, Sheikh Jassim menarik diri kerana merasakan angka yang diminta oleh keluarga Glazer adalah tidak realistik dan keluarga Glazer dilaporkan tidak mahu menurunkan harga yang dimahukan oleh Jassim.
Penarikan Sheikh Jassim daripada rundingan pengambilalihan Manchester United menjadikan Sir Jim Ratcliffe sebagai satu-satunya pembida yang tinggal.
Keluarga Glazer juga akan kekal di Old Trafford sehingga perjanjian pemerolehan dicapai pada masa hadapan.
Dalam laporan berkaitan juga menyebut bahawa pihak Glazer kini sedang mempertimbangkan tawaran lain yang datang daripada Ineos yang dimiliki oleh Ratcliffe yang ahli perniagaan British.
Dilaporkan tawaran Ratcliffe tidak mencecah lima bilion pound tetapi tawaran itu dinilai sebagai satu keuntungan buat Glazer kerana sekiranya mereka bersetuju dengan tawaran Ineos dapat dipastikan bahawa jutawan UK mungkin hanya menguasai sebilangan kecil sahaja saham keseluruhan kelab. – MalaysiaGazette