Ling Tian Soon

JOHOR BAHRU – Dua pegawai Kor Kor Risik Diraja (KRD) yang dimasukkan ke Unit Rawtan Rapi (ICU ) kini sudah tidak menggunakan alat bantuan pernafasan manakala tujuh yang lain dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT) berada dalam keadaan stabil.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata, daripada 10 pegawai terlibat itu seorang telah meninggal dunia.

“Manakala dua lagi masih di rawat di ICU dan tujuh lagi di wad biasa,” katanya.

Kelmarin, media melaporkan seorang pegawai muda Kor Kor Risik Diraja (KRD) meninggal dunia manakala sembilan yang lain menerima rawatan akibat simptom strok haba ketika menjalani latihan di Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) di Kota Tinggi, dekat sini.

Allahyarham Leftenan Muda Emil Syahid Iskandar, 24, disahkan meninggal dunia pada pukul 11.10 malam kelmarin ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bharu, Johor.

Difahamkan, Allahyarham mengalami pitam dan tidak sedarkan diri ketika menjalani latihan Jalan Laju Kursus Tempur Pegawai Muda Tentera Darat Siri 3/2023 di kem berkenaan.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Tasik Puteri, Rawang, Selangor, semalam.

Terdahulu, Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan hadir pada pengkebumian arwah Allahyarham Emil Syahid. – MalaysiaGazette