KUALA LUMPUR – Tiga maut, termasuk seorang maut, dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Pinggiran Putra, Serdang, Selangor hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang digerakkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima aduan mengenai insiden itu.
“Pemerhatian di lokasi nahas mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipercayai telah hilang kawalan dan merempuh sebuah van sebelum terbabas di bahu jalan.
“Perlanggaran itu telah mengakibatkan dua lelaki dan seorang wanita yang kesemuanya warga tempatan yang berada di dalam kereta itu telah mengalami kecederaan parah dan maut di lokasi kejadian itu,” katanya dalam kenyataan pagi ini.
Tambah beliau, semakan lanjut mendapati kesemua mangsa maut adalah berusia lingkungan sekitar 20-an.
“Manakala seorang lelaki warga tempatan yang berada di dalam van itu berusia 50-an tidak mengalami sebarang kecederaan dan terselamat dalam nahas tersebut.
“Mayat ketiga-ketiga mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dihantar ke Hopsital Serdang bagi proses bedah siasat mengetahui punca kematiannya,” ujar beliau. – MalaysiaGazette