Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengecam sikap kuasa besar dan negara barat yang membiarkan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin.

Anwar berkata, tindakan negara yang memperjuangkan demokrasi dan liberalisme seperti Amerika Syarikat dan barat membiarkan tindakan ganas Israel adalah sangat membingungkan.

“Saya dalam dunia politik lama tetapi saya tidak terfikir akan muncul di zaman kini gelagat kelompok manusia sekejam itu.

“Kita menyaksikan dalam sejarah episod getir dan gelap, tetapi itu diteruskan dan disahkan dibiarkan kuasa-kuasa besar pelopor demokasi kebebasan liberalisme barat dan Amerika Syarikat, itu sangat membingungkan,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri, di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan beberapa pemimpin negara telah menghubungi rakan sejawat di dunia Islam dan serantau dalam usaha meredakan tekanan penduduk Palestin khususnya di Gaza.

Beliau akan mengulas lebih mendalam mengenai tragedi yang menimpa Palestine dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast