Seorang wanita meratapi kematian anggota keluargnya.-Foto media sosial

KUALA LUMPUR – Iran menjangkakan kumpulan penentang dari negara itu akan melakukan tindakan ‘preemptive’ terhadap Israel dalam beberapa jam akan datang.

Menteri Luar Iran Hossein Amir-Abdollahian berkata, kumpulan itu tidak akan berdiam diri sekiranya regim Zionis meneruskan serangan terhadap Gaza.

“Semua pilihan terbuka dan kita tidak boleh acuh tak acuh terhadap jenayah perang yang dilakukan terhadap penduduk Gaza,” kata Amirabdollahian kepada stesyen televisyen tempatan.

Menurutnya, pihak penentang mempunyai keupayaan untuk melancarkan perang jangka panjang terhadap Israel.

Sementara itu, berita tempatan Shehab News melaporkan Israel telah menangkap 30 pekerja dari Gaza dalam serbuan di Halhul, Hebron.

Ini termasuk bekas menteri Issa Al-Jaabari Abu Khairy, Dr Aziz Dweik dan Dr Maher Badr.

Dalam perkembangan lain kumpulan pejuang pembebasan Palestin, Hamas dilaporkan mengesahkan telah menawan lebih 250 orang dan bersedia untuk membebaskan mereka yang bukan warga Israel.

Masuk hari ke-11 serangan bersenjata Israel di Gaza dan Tebing Barat menyaksikan 2,879 maut dengan 64 peratus mangsa kanak-kanak dan wanita dan 11,250 lagi cedera. -Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast