KUALA LUMPUR – Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal, masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 19 hingga 25 Oktober ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga itu berdasarkan kepada harga mingguan produk petrolium mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak mentah global, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling semasa,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette