Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia telah menolak permohonan AirAsia X Bhd (AAX) untuk dilepaskan dari Nota Amalan 17 (PN17).

Sebaliknya syarikat penerbangan itu diberikan sehingga 17 Januari 2024 untuk menyerahkan pelan penyusunan semulanya kepada pihak berkuasa kawal selia.

Pelanjutan terbaharunya akan tamat pada 28 Oktober ini.

AAX telah diberikan lanjutan untuk mengemukakan pelan penyusunan semulanya sebanyak dua kali.

Kali pertama selama enam bulan hingga 28 April tahun lalu dan kemudian untuk tiga bulan lagi hingga 28 Julai tahun ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia. AAX berkata, ia akan mempertimbangkan semua pilihan yang ada termasuk kemungkinan membuat rayuan dan akan mengumumkan tindakan seterusnya dalam masa terdekat.

AAX pada 20 Julai lalu memohon pelepasan daripada Bursa Malaysia untuk mengecualikan syarikat penerbangan itu daripada keperluan mengemukakan pelan pemulihan syarikat seperti yang dikehendaki di bawah Perenggan 8.04(3)(A) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (MMLR) Bursa Securities (Cadangan Pelepasan).

Selain itu, syarikat penerbangan milik Capital A Bhd itu juga menuntut penarikan balik AAX daripada diklasifikasikan sebagai PN17. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast