Dewan Rakyat
Undang-undang anti-lompat parti yang bertujuan untuk menghalang episod pengkhianatan dan tebuk atap seolah-olah tidak bermakna.

KUALA LUMPUR – Perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini tergendala kira-kira seminit setelah didapati kurang daripada 26 Ahli Parlimen berada dalam sidang.

Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesahkan perkara tersebut kira-kira pukul 1.30 tengah hari setelah kiraan dilakukan oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin sebelum loceng dibunyikan untuk memanggil Ahli-ahli Parlimen yang berada di luar dewan.

Terdahulu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) membangkitkan tentang situasi itu ketika Roy Angau Gingkoi (GPS-Lubok Antu) berbahas.

“Peraturan Mesyuarat 13(1), cukupbilang bagi Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa sebuah-buah Majlis Mesyuarat hendaklah mengandungi 26 orang ahli dengan tidak termasuk Pengerusi.

“Saya kira di sini kurang daripada 26 ahli, Tan Sri,” katanya.

Sidang disambung semula setelah bilangan Ahli Parlimen mencukupi korum yang diperlukan.

Lazimnya, sidang Dewan Rakyat berhenti rehat mulai pukul 1 tengah hari hingga 2 petang namun hari ini, ia diteruskan bagi membolehkan 26 Ahli Parlimen membahaskan Belanjawan 2024 sehingga pukul 7 malam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast