Keluarga mangsa pemerdagangan manusia yang meninggal dunia di Pusat Imigresen Taiciliek di Myanmar memulakan proses menuntut jenazah Muhammad Izzat Abdul Wahab hari ini.

SEPANG – Keluarga mangsa pemerdagangan manusia yang meninggal dunia di Pusat Imigresen Taiciliek di Myanmar memulakan proses menuntut jenazah Muhammad Izzat Abdul Wahab hari ini.

Mereka pagi ini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke Myanmar.

Abang kandung mangsa, Muhammad Hamsmanizam, 45, berkata, mereka dijangka mengambil masa hampir seminggudi sana untuk menguruskan jenazah adiknya.

 

Menurutnya, rombongan seramai tujuh orang berlepas dari KLIA dalam penerbangan pukul 9.10 pagi ini dan mengambil masa selama dua jam setengah.

“Insya-Allah kami akan berlepas dan akan sampai ke Myanmar hari ini dan akan pulang pada 25 Oktober ini. Perancangan keluarga dapat bertemu pihak Kedutaan Malaysia di Myanmar bagi memohon pengurusan jenazah Izzat dan membawa pulang ke tanah air.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sangat banyak membantu memudahkan urusan kami sekeluarga ke Yangon,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette hari ini.

Hasnizam berharap semua pihak berdoa semoga urusan mereka sekeluarga dipermudahkan untuk membawa adik bongsunya pulang.

Muhammad Izzat, 28, berasal dari Peramu, Kuantan maut dalam tahanan imigresen Myanmar selepas berjaya diselamatkan oleh wakil sebuah pertubuhan kemanusiaan pada 14 Oktober lalu. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Musykil punca kematian Izzat, keluarga mahu bedah siasat di Malaysia – Asmawi