drug case police lockup escapee Perak state assemblyman drug PDRM murder case Jalan Ampang logo
Gambar hiasan

AMPANG – Polis menyerbu sebuah rumah di Pandan Indah dan menahan seorang penganggur berusia 23 tahun yang disyaki terlibat dalam beberapa siri jenayah ragut menggunakan motosikal di sekitar Ampang dan Cheras.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, serbuan itu dilakukan selepas menerima laporan seorang warga emas pada 19 Oktober lalu, kira-kira 3.40 petang.

Mangsa mendakwa diragut di belakang sebuah pusat membeli belah di Taman Muda, dekat sini.

“Mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai telah didatangi oleh suspek menaiki motosikal dan meragut beg tangannya. Pengadu telah mengalami kerugian dua telefon dan dokumen peribadi serta wang tunai kesemuanya bernilai RM1,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, bertindak atas maklumat itu, pada 20 Oktober lalu jam lebih kurang 6.30 petang sepasukan anggota dari IPD Ampang Jaya telah melakukan serbuan di sebuah rumah di Pandan Indah dan berjaya menangkap suspek.

Hasil pemeriksaan lanjut ke atas suspek polis berjaya merampas dua telefon bimbit yang merupakan milik mangsa.

Semakan juga mendapati suspek memiliki lapan rekod jenayah lampau dan satu masih dikehendaki dalam kes dadah,” ujarnya.

Ujian saringan air kencing ke atas suspek juga didapati positif dadah.

Menurutnya, suspek kini diremah selama tujuh hari sehingga 27 Oktober ini untuk membantu siasatan lanjut polis di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan rompakan yang boleh membawa hukuman penjara boleh sampai 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda. – MalaysiaGazette