Muhamad Hasmanizam berkata, adiknya, Muhammad Izzat yang menjadi mangsa sindiket pemerdagagan manusia itu bermusafir ke negara orang hanya berbekalkan sebuah beg galas.

YANGON (Myanmar) – Setiap yang hidup pasti merasai mati. Meskipun redha dengan pemergian arwah adik bongsunya di negara orang namun sebagai abang – dia sebak dan pilu apabila menerima barangan milik arwah.

Muhamad Hasmanizam Abdul Wahab, 45, berkata adiknya, Muhammad Izzat yang menjadi mangsa sindiket pemerdagagan manusia itu bermusafir ke negara orang hanya berbekalkan sebuah beg galas.

Menurutnya, beberapa barangan peribadi milik arwah dikenali gelaran Pakdik dalam kalangan keluarga itu diserahkan oleh wakil pertubuhan Malaysia International Humanitarian Organization (MHO) hari ini.

“Antara barangan yang diterima jaket, seluar, tali pinggang, jam, pengecas telefon, ubat dan dompet milik mangsa manakala telefon bimbit dan pasport antarabangsa milik arwah diserahkan oleh wakil pihak kedutaan pada Jumaat lalu.

“Ini kertas pas pelepasan penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Bangkok yang dicetak,” katanya menahan sebak.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Yangon, Myanmar hari ini mengharapkan insiden yang menimpa adiknya itu menjadi pengajaran kepada semua agar tidak terjerat dengan sindiket penipuan di luar negara.

Terdahulu media melaporkan seorang rakyat Malaysia yang ditemui maut selepas diselamatkan daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia setelah diselamatkan oleh wakil pertubuhan kemanusiaan pada 14 Oktober lalu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Jenazah Izzat ‘bersih’ walaupun sudah lama meninggal

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast