Rakyat Palestin kini berhadapan dengan pembunuhan beramai-ramai

TEL AVIV – Amerika Syarikat dilaporkan telah meningkatkan jumah anggotanya di Israel sebagai usaha mempertahankan negara Zionis itu dalam menghadapi serangan daripada ‘proksi Iran’.

The Jurusalem Post mendakwa, Israel kini berusaha untuk mengelakkan perang dengan kumpulan pejuang yang disokong Tehran.

“Kami bimbang dengan kemungkinan proksi Iran meningkatkan serangan mereka terhadap kakitangan kami sendiri, orang kami sendiri,” kata Setiausaha Negara AS Antony Blinken.

Regim Zionis itu kini berhadapan dengan serangan berterusan di utara negara itu apabila pejuang Hizbullah yang pro Iran melancaran roket dari wilayah Lubnan ke Israel.

Senator AS Lindsey Graham memberi amaran kepada Iran “bahawa jika perang ini berkembang, ia akan datang ke halaman rumah anda,” semasa sidang akhbar Tel Aviv.

Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin sebelum ini dilaporkan berkata, bahawa Washington akan menghantar lebih banyak aset ketenteraan ke Timur Tengah untuk menyokong Israel dan untuk mengukuhkan pertahanan AS di rantau itu.

Pihaknya terlah mempersiapkan dua kapal pengangkut pesawat USS Dwight D. Eisenhower dan USS Gerald R. Ford ke Timur Laut Mediterranean.

Sistem Pertahanan Kawasan Altitud Tinggi Terminal (THAAD) dan batalion sistem peluru berpandu pertahanan udara Patriot tambahan akan dihantar ke wilayah itu.-Agensi