JOHOR BAHRU – Kes denggi di negeri Johor kini membimbangkan apabila mencatatkan peningkatan 8,442 kes dengan tiga kematian minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.
Exco Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon, secara kumulatif, kes denggi mencatatkan peningkatan 206 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu yang merekodkan 2,755 kes.
Daripada jumlah itu sebanyak 3,432 kes atau 40.7 peratus dilaporkan dari lokaliti wabak dan 5,010 kes (59.3 peratus) dari lokaliti bukan wabak.
Namun, sepanjang tempoh itu, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan sebanyak 209, menurun 12.6 peratus berbanding minggu sebelumnya yang merekodkan sebanyak 239 kes.
Daripada jumlah kes denggi yang dilaporkan sepanjang Minggu Epid 41, sebanyak 65 kes (31.1 peratus) dilaporkan dari lokaliti wabak dan 144 kes (68.9 peratus) dari lokaliti bukan wabak,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Tambah Tian Soon, daerah Johor Bahru merekodkan jumlah kes tertinggi dengan mencatatkan sebanyak 160 kes atau 76.6 peratus daripada jumlah keseluruhan.
Diikuti daerah Kulai (15 kes, 7.2 peratus), Kota Tinggi (8 kes, 3.8 peratus) manakala Batu Pahat, Kluang dan Segamat (enam kes, 2.9 peratus), Pontian (empat kes, 1.9 peratus), Tangkak (dua kes, 1.0 peratus), sementara Muar dan Mersing masing-masing satu kes, 0.5 peratus).
Berdasarkan rekod tersebut, daerah Segamat, Kota Tinggi dan Mersing dilaporkan menyaksikan peningkatan kes denggi pada minggu lalu.
“Secara keseluruhannya, jumlah terkumpul lokaliti wabak di negeri Johor pada 2023 sehingga minggu lalu adalah 1,091 berbanding 315 dalam tempoh yang sama pada 2022.-MalaysiaGazette