Barack Obama

WASHINGTON – Bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengingatkan Israel tindakan berlebihan terhadap rakyat Palestin boleh menjadi ‘bumerang’ yang akan memberi kesan buruk terhadap regim Zionis itu.

Obama berkata, dunia memerhati dengan teliti peristiwa yang berlaku di rantau tersebut dan mana-mana strategi ketenteraan Israel yang mengabaikan nyawa manusia akhirnya boleh menjadi bumerang.

“Sudah, beribu-ribu rakyat Palestin telah terbunuh dalam pengeboman Gaza, kebanyakannya kanak-kanak. Beratus-ratus ribu telah dipaksa keluar dari rumah mereka.

“Keputusan kerajaan Israel untuk memotong bekalan makanan, air dan elektrik kepada penduduk awam yang dikepung mengancam bukan sahaja untuk memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang semakin meningkat; ia boleh mengeraskan lagi sikap Palestin (terhadap Israel) selama beberapa generasi.

“(Ia juga) Menghakis sokongan global untuk Israel, beralih ke ‘tangan musuh Israel’, dan menjejaskan usaha jangka panjang untuk mencapai keamanan dan kestabilan di rantau ini,” katanya.

Obama berkata demikian dalam pendapat yang disiarkan di Medium hari ini iaitu selepas 17 hari serangan ke atas penduduk Gaza dilakukan oleh Israel.

Katanya, adalah penting bagi mereka yang menyokong IsraelĀ  menggalakkan strategi yang boleh melumpuhkan Hamas dan meminimumkan korban awam.

Beliau menegaskan, dalam menangani situasi yang luar biasa kompleks di mana ramai orang mengalami kesakitan dan nafsu semakin meningkat, “semua pihak perlu melakukan yang terbaik untuk meletakkan nilai terbaik kita, dan bukannya ketakutan terburuk kita, untuk dipamerkan”. – MalaysiaGazette