Tangkap layar menunjukkan struktur sebuah jambatan retak dan ia didakwa membabitkan JSAHMS.

GEORGE TOWN – Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) menafikan dakwaan sebahagian struktur Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) retak seperti video tular di media sosial hari ini.

Jurucakap JKSB berkata, pihaknya terkesan satu rakaman video berdurasi 28 yang mendakwa wujud kesan retakan pada struktur pembinaan JSAHMS.

“Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati struktur JSAHMS dengan jambatan dalam video berkenaan tidak sama sekali gus membuktikan ia bukan JSAHMS.

“Sehubungan kita minta kerjasama daripada semua pihak agar tidak menularkan video tersebut bagi mengelakkan timbul kegusaran serta salah faham dalam kalangan orang awam,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Terdahulu, tular satu rakaman video menunjukkan seorang individu yang dipercayai nelayan merakamkan struktur sebuah jambatan retak.

Bagaimanapun, video tersebut ditularkan dengan dakwaan ia merupakan JSAHMS selain meminta pengguna jambatan itu supaya berhati-hati. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast