Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan dua individu yang dipercayai terlibat dalam kemalangan di Jalan Dengkil-Bangi menghala ke Kajang, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kedua-dua individu terbabit dicari susulan penularan sebuah rakaman yang dimuat naik di akaun TikTok ariff_tapai, https://www.tiktok./ZSNB2QNnj/ menunjukkan pemandu dan penumpang yang menaiki kenderaan jenis Perodua Bezza berhenti di tepi jalan.

Katanya, dalam rakaman itu kedua-dua lelaki berbangsa India dikatakan telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain sebelum itu.

Video Berkaitan

“Semakan yang dibuat oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang mendapati, kejadian kemalangan yang melibatkan kenderaan tersebut telah berlaku pada 28 Oktober (semalam) jam lebih kurang 7.52 pagi di Jalan Dengkil/Bangi menghala ke Kajang.

“Terdapat dua buah kenderaan yang terlibat serta tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan setakat ini,” katanya dalam kenyataan.

Wan Kamarul berkata, usaha mengesan pemandu kenderaan terbabit giat dilakukan seperti semakan nombor pendaftaran kenderaan serta berhubung dengan syarikat Grab bagi mendapatkan maklumat berkaitan pemandu yang terlibat semasa kemalangan berlaku.

Tambahnya, kes disiasat dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette