Syarul Ema Rena Abu Samah.

KUALA LUMPUR – Syarul Ema Rena yang lebih dikenali sebagai Ratu Naga mengesahkan beliau dipanggil ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Bukit Aman, pagi esok.

Dalam satu kenyataan, Ratu Naga berkata, beliau dihubungi Unit Siasaatan Jenayah dan diminta untuk hadir merakamkan keterangan mengenai foto isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

“Saya dihubungi Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman dan diminta hadir di Pejabat USJT Tingkat 2, Bukit Aman esok jam 10 pagi atas satu laporan polis mengenai yang dibuat oleh anggota PKR atas akaun Instagram @ratunaga.

“(Ia) mengenai isu akaun Instagram @b.netanyahu yang memuat naik gambar bersama isteri-isteri pemimpin UNGA termasuk isteri PMX yang hadir minum petang bersama isteri Joe Biden & isteri Netanyahu,” katanya, hari ini.

Katanya, beliau akan hadir bersama peguamnya, Zaid Malek.

Rabu lalu, pengguna media sosial itu didapati memuat naik gambar dan video Wan Azizah yang disunting daripada Instagram milik Perdana Menteri Israel semasa hadir ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York, Amerika Syarikat, 21 September lalu.

Menurutnya, sebagai penjelasan, walaupun Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara berdaulat, Wan Azizah telah menghadiri satu sesi perjumpaan isteri-isteri pemimpin dari setiap negara bersempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 21 September 2023 di Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast